Wednesday, July 28, 2010

Masalah Peluh Yang Melampau (Hyperhidrosis).

Peluh ku? Wangi!!

Masalah peluh ynag melmpau atau dgn nme sctfiknye Hyperhidrosis. Masalah ni sering trjadi pada bahagian tapak tangan dan kaki yang kadang2 b0le bsh tibe2 je.

Punce sbnr tak diketahui dgn tepat tapi mnurut pakar Runding Perubatan Am, Pencernaan dan Bedah Laparaskopik, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Lukman Mohd Rashid ckp peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.

“Hiperhidrosis menyebabkan seseorang berasa terganggu. Ia bukan saja menjejaskan keyakinan diri tetapi menyebabkan tekanan,” katanya.


Hiperhidrosis punce nye ape ye?

Dr Lukman berkata, secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.


Ada banyak rawatan hiperhidrosis bergantung kepada keadaan seseorang. Suntikan botox adalah satu daripadanya. Bagaimanapun, kebanyakan rawatan itu bersifat sementara.

Satu lagi kaedah untuk mengawal hiperhidrosis yang serius adalah melalui pembedahan.

Prosedur pembedahan

  • Selepas dibius, tebukan kecil dibuat sekitar satu sentimeter (sm) dibuat di bawah ketiak

  • Udara masuk melalui tebukan itu melalui rongga kaviti

  • Peralatan endoskopi (kamera fiberoptik dan alatan pembedahan lain seperti gunting kecil) dimasukkan.

  • Selepas mengenal pasti kedudukan saraf sympathetic yang sepatutnya dipotong di celah-celah tulang rusuk, ia kemudiannya digunting. Mengenal pasti kedudukan saraf sympathetic yang betul sangat penting kerana tersalah potong ia akan menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Misalnya bahagian muka.

  • Proses itu akan dilakukan di kedua-dua belah badan, di bahagian kanan dan kiri

    Dr Lukman berkata, pembedahan ini hanya memberi kesan parut yang sangat minimum, kecil dan tersembunyi dengan baik di bawah ketiak.

    Bagaimanapun, pembedahan bukan juga pilihan terbaik untuk sesetengah orang. Ini kerana ada juga kes selepas melalui pembedahan menggunting saraf sympathetic, masalah peluh berlebihan akan berulang. Namun, jumlah itu lebih kecil berbanding mereka yang sembuh sepenuhnya menerusi pembedahan. Sumber :
    http://hsr.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=Penyakit_Peluh_Melampau
  • 0 comments:

    Post a Comment